hurm xde idea nak update ape dah so just nak share just cerita yang pernah di kwn sy penah kongsi kt sy melalui fb dlu..just saje nak kongsi ngan yang lain plak cite nie..
Kelihatan dua remaja,seorg lelaki dan seorg perempuan berbaju sekolah membawa beg dibelakangnya,mereka berdua mengayuh basikal sampai di depan rumah lalu mereka berhenti. Dengan kegembiraan seorg budak lelaki itu menjerit dengan kuat “yeeeeeiii!!!,ak menang!!,ko dah kalah Ina!!”kata lelaki yg memanggil nama perempuan itu sebagai Ina.
Dengan muka geram Ina menjelir lidah dan meletakn basikalnya didpn rumah lalu menuju kerumahnya.
Lelaki itu memerhatikan Ina dengan senyuman kerana Berjaya menyakat kawan baiknya itu“hai,marah ke cik Ina?,hehehe..”kata lelaki itu sambil tersenyum melihat Ina yg terdiam tidak berkata apa2.
“heish,sudah lah to Faris takder maknanya ak nak merajuk dengan kau lebih baik kau pergi balik rumah,ak nak nak rehat jap..penatlah,nanti kita jumpa lgi.”kata Ina lalu membuka pintu rumah dan masuk ke dalam rumahnya.
“hmmm,okey..bye Ina!!”jerit Faris sampil tersenyum lalu ia beredar dari situ dan balik menuju ke rumah.
Di dalam rumah seperti biasa walaupun dalam keadaan penat Ina mencari emaknya“Assalammualaikumm!!,mak oh mak…”pggil Ina kelihatan mencari ibunya.
“Waalaikummusalam,apa nie terjerit2 pgil mak macam to”.tegur mak Ina kpda Ina.
“hehehe..mak dah masak?Ina laparlah nak makan masakan mak.”
“kot yer pun anak mak ni lapar tapi jgn lah terjerit2,awak to perempuan,beradaplah…hishh budak nie”.
Mengeluh Ina kerana Sudah banyak kali mendengar maknya mengulangi perkataan yg sama tiba-tiba ia ternampak seorang pemuda“Erh,sapa to mak?”Tanya Ina sambil menunjuk kearah seorg budak lelaki yg lebih kurang sama tinggi dgn Ina.seperti sebaya umurnya .
“ohh,memperkenalkan ini Helmi,akan menjadi sebahagian dari keluarga kita mulai dari hari ini.Helmi,ini Ina..”jawap mak ina dan memperkenalkn Ina kpda Helmi .
Mendengar jawapan Maknya lalu Ina agak terkejut sedikit,kerana sebelum ini memang mak dan ayahnya ada beritahu pasal ini semalam ,tapi tak sangka pulak secepat ini.dalam keadaan tersenyum lalu Ina menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Helmi.
Selepas bersalam perkenalan Ina meminta diri untuk pergi ke biliknya berehat dan menyalin pakaian kerana penat balik dari persekolahan.
**************
“Assalamualaikumm”seru Faris berada didepan rumah Ina memberi salam.
“waalaikummusalam,lambat tol ko hari ini.”
Lalu Faris terpandang seorg lelaki sebaya denganya“erh,Ina? Ni saper?”tanya faris tidak mempedulikan pertanyaan Ina.
“ini abang angkat aku nama dia Helmi“,beritahu Ina tersenyum sambil menunding jari kearah Helmi.
“abang angkat kau?”.
“iya…dia abgku,kau paham tak paham2 lagi?ayah aku ngn mak aku yg ambil Helmi”.
“ohh,baru aku faham”.
“jadi mulai sekarang kita bukan berdua,tapi bertiga”.beritahu Ina gembira dengan abang angkat barunya itu.
“kau asal mana?,mana keluarga kau?”Tanya Faris perasaan ingin tahu latar berlakang Helmi.
“aku asal negeri Sembilan,aku dari kecil tiada keluarga,yg menjaga aku dulu Professor Nizam,tapi Proffesor Nizam sudah menganggap aku sebgai anaknya,dia hantar aku ke sini kerana megelakan dari bahaya katanya”sayu Helmi.melihat kesayuan Helmi,Ina mengajaknya berjalan2 mengelilingi kampung diikuti kawan baiknya Faris.
**************
Kami mula berkawan rapat.sama2 pergi sekolah,kelas bersama…..
“wah cayalah Helmi,pandainya kau!!.dapat A semua..ak pun nak lebih pandai dari kaulah”teruja Ina dengan kekaguman terhadap abang angkatnya yg cemerlang dalam ujian sekolah.sambil itu Faris cemburu dengan Helmi yg memperolehi kecemerlangan yg sebegitu rupa. “elehhh,aku kalau nak semua A bila2 leh dapat,tapi aku ni malas jer. A, B pun okey apa”.jerling Faris kpda Ina kerana geram tidak habis2 memuji Helmi dari tadi.
“erh,ada orang cemburulah Helmi”
“siapakah gerangan orang yg cemburu itu?,boleh beta memberi nasihat ,”sakat Helmi sambil menunjukan diri seolah2 sedang berfikir.
“sakit kepala aku melayan dua beradik nie,Helmi jom teman ak pergi bilik guru,tinggalkan Ina kat sini,orang perempuan tak boleh ikut”ajak Faris dengan muka tenang.
“eleh,sakit kepala layan kitorg,tapi ajak Helmi jugak teman dia”kata Ina perlahan.
Mereka bertiga berkawan rapat,kemana sahaja mesti bertiga,mengaji bersama,berlajar bersama sehinggalah pada suatu hari....
*********************
2 tahun kemudian..
“tapi mak,tak boleh ke Helmi tinggal kt sini?”Tanya Ina dengan sedih dan sayu.
“maafkan mak,mak dgn ayah kau sudah berjanji akan pulangkan Helmi bila sampai masanya,iaitu pada hari ini”beritahu mak Ina sedih melihat anaknya Ina dan lebih menyedihkan apabila hendak berpisah dengan Helmi yg sudah dianggap sebagai anaknya sendiri.
Faris yg berada disebelah Ina juga mengalirkn air mata melihat kesungguhan Ina yg tidak mahu berpisah dengan abgnya“makcik tolonglah jgn bawak Helmi pergi,kami bertiga sudah seperti adik beradik,”rayu Faris.
Keakraban mereka bertiga Helmi,Faris dan Ina membuatkan ianya sukar dipisahkan,namun apakan daya takdir tidak menyebelahi mereka,Helmi terpaksa berpisah dengan Faris dan Ina kerana perjanjian ibubapanya apabila umur Helmi sudah 16 tahun ia akan dijaga oleh orang lain.
“terima kasih kak kerana menjaga Helmi dengan baik,jasa akak sya takkn lupakan”,pinta laki itu.
“sudah lah Nizam,sudah tanggungjawap makcik menjaga Helmi,lgi pun makcik dah menganggapnya sbgai anak makcik sendiri”kata Mak Ina yg dipanggil Nizam dengan gelaran kakak.rasa sedih meninggalkan seorg budak yg sudah menjadi sebahagian dari keluarganya.mahu sahaja ia menghalang kepergian Helmi tapi apakan daya perjanjian dgn Prof Nizam sudah ditetapkn.
Helmi memandang satu persatu wajah Faris dan Ina“Faris,Ina...ak janji yg suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi,jagalah diri korg baik2”.sayu Helmi untuk meninggalkan kedua2 kawan baiknya.lalu Helmi menghulurkan salam kpda mereka berdua dan terus menaiki kereta prof Nizam dan pergi meninggalkn kawan baiknya yg sukar dilupakan.
*********
Sudah seminggu Helmi meninggalkan Ina,tapi rasanya baru semalam dia pergi,keadaan tidak seperti dahulu lagi.teringgat pula saat2 di sekolah,Helmi selalu dpt nombor 1 didalam peperiksaan.
Bila waktu makan Helmi nak makanannya mesti ada sambal belacan,waktu malam pula Faris dan Helmi mesti pergi ke surau mengaji bersama2.mengalir air mata mengenangkan kepergian Helmi yg merupakan abng angkatnya walaupun sudah seminggu. “apakah yg dibuat Helmi sekarang?”
*********
Setahun kemudian….
Sudah setahun Faris meninggalkan ku,tapi seperti baru semalam sahaja berjumpa dengan Faris..alangkah gembiranya semua yg berlaku ini tidak ditakdirkan,tidak sanggup rasanya menangung derita kehilangan faris,dari kecil berkawan dan bila kealam dewasa bercinta,tersenyum aku bila teringat detik-detik ketika bercinta dengan Faris.Helmi?,dimanakah dia sekarang?,sihat kah dia?,kenapa?kenapa semua yg rapat dengan aku hendak meninggalkn ak bersendirian?.menitis air mata Ina jatuh kepipi setiap kali ia teringat tentang Faris.
“Ina,jika aku pergi nanti crilah Helmi,ak rindukan dia ingin berjumpa dengan dia tapi apakan daya aku rasa seperti ajal menghampiri aku.”beritahu Faris yg terbaring dihospital akibat pengsan sewaktu disekolah.”awak jgnlah bergurau mcm nie,sya sygkn awak,jgn tinggalkn sya”sedih Ina mendengar kata2 Faris.
Kata2 terakhir faris yg sukar dilupakan sebelum kepergiannya masih tersiar diingatan.
“Ina,jom pergi…karang terlambat pulak pendaftaran to,”ujar makcik Ina yg menjaga Ina di Kuala Pilah,negeri Sembilan. Selepas kematian Faris,Ina dihantar oleh mak ayahnya ke Kuala Pilah yg akan dijaga adik emaknya supaya Ina kembali seperti dahulu dari perasaan sedih akibat kematian teman baiknya. Sewaktu di Kuala Pilah Ina mendapat tawaran ke uitm di Kuala Pilah dan pada hari ini adalah hari pendaftarannya.
Mengesat air mata mengelakkan daripada diketahui oleh makciknya itu “hishh,mak cik nie…sabarlah,makcik tunggu kat kereta dulu yerr,kejap lagi Ina datang….”Ina terpaksa membuat-buat senyuman kerana tidak mahu makcik mengetahui keadaanya sambil pura-pura bersiap…
“okey,tapi jgn lama tau”.lalu makciknyer berlalu dari situ tidak perasan mata Ina yg kemerahan menangis.
********************
“Ina,sorylah makcik dapat hantar Ina sahaja,mak cik tak dpt temankan Ina ke pendaftaran tu,makcik dapat pggilan dari pejabat mintak makcik dtg sekarang.”beritahu makcik selepas menjawap pggilan daripada pejabatnya.
“takperlah makcik,Ina pergi sendiri”.
Lalu Ina menghulurkan salam kpda makciknya dan membuka pintu kereta,lalu Ina menuju kearah tempat pendaftaran dan semasa menaiki tangga Ina terjatuh dilanggar oleh seorg lelaki yg sedang bercakap dgn kawanya melalui henfon. “maaf”,kata lelaki itu kpda Ina.
“Helmi”.
Terkejut apabila terpandang wajah lelaki itu sehingga membuatkan Ina terpanggil nama Helmi kerana seperti wajah kawan lamanya yg telah terpisah dahulu.Ina memandang lelaki yg paras rupanya serupa dengan Helmi berlalu pergi. “Adakah dia Helmi?,kalau dia Helmi mesti dia kenal aku waktu terlanggar tadi,”fikir Ina…..
TAMAT ??